Rabu, 13 April 2011

KUIH PUTERI AYU

satu lagi resepi..kuih PUTERI AYU..cantikkan nama kuih ini.



Bahan:
 5 biji telur
250 gram tepung gandum
300 gram gula halus
250ml santan kotak 
2 camca ovellate
1 sudu teh baking powder
2 camca paste pandan
Pewarna hijau
kelapa parut ( digaul dgn sedikit garam dan tepung ubi@jagung )


Cara:
  • ayak tepung bersama baking powder
  • dlm adunan lain,pukul telur dan gula hingga kembang
  • masukkan ovellate, paste pandan dan pewarna hijau, pukul lagi
  • masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.masukkan santan dan gaul lagi
  • sapu acuan dengan minyak masak, ambil inti kelapa, tekan-tekan ke dalam acuan tadi
  • tuang adunan tadi ke atas inti kelapa dan kukus.jangan isi terlalu penuh
  • tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari acuan.
           ** ingat inti kelapa mesti digaul dengan tepung ubi@jagung **


senang dan ringkas resepi ni..SELAMAT MENCUBA..

Isnin, 11 April 2011

KEK LAPIS TEMBIKAI

salam semua.kali ini saya berkongsi satu resepi kek lapis..KEK LAPIS TEMBIKAI..


 Bahan A:
  • 15 biji kunng telur
  • 6 biji putih telur
  • 200 gram gula kastor
  • 250 gram tepung hongkong
  • 1 sudu makan ovellate
  • 1/4 gelas horlick
  • coklat cip secukupnya
Bahan B:
  • 450 gram butter
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 tin kecil kaya
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna hijau, kuning, merah

Cara membuat:
  • Pukul bahan A-telur, gula dan ovellate hingga kembang dan pekat.ketepikan
  • Pukul bahan B- butter, susu, esen dan kaya hingga berkrim dan putih.
  • Satukan adunan A dan B dan pukul hingga sebati dan rata.
  • Bila dah sebati masukkan horlick dan tepung hongkong dan gaul lagi.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian,merah,kuning dan hijau. Untuk warna merah lebihkan sedikit adunan ini.Bahagian warna kuning dan hijau sama rata.
  • Bakar warna hijau dahulu ,diikuti warna kuning ( ikut seperti dlm gambar ) - utk bahagian pertama warna hijau dan kuning.
  • Seterusnya bakar warna merah selapis-selapis dan setiap lapisan  taburkan coklat cip.Ulang cara sama hingga adunan merah habis.
  • Akhir sekali bakar warna kuning dan diikuti warna hijau hingga habis.
  • Apabila semuanya sudah masak, tutup tin pembakar dengan kertas aluminium. Bakar semula selama 10 minit dengan api atas dan bawah.